Thursday 28 June 2012

Rahsia Sihat Cantik | Kenapa Kita Jadi Tua, Jatuh Sakit dan Dapat Penyakit?

Ambo pasti bahawa demo semua mesti nak muka dan badan yang sentiasa kelihatan muda walaupun umur dah tua. Betul?

Sebab tu ramai yang sanggup habiskan banyak duit untuk pelbagai krim dan rawatan salon muka yang menjanjikan wajah kekal muda. Memang banyak krim muka yang kata boleh hilangkan kedut dan mengembalikan keanjalan pada wajah.
Tapi tahukah demo PENYEBAB kulit muka kita jadi tua?

Rasanya lagi bagus kalau kita tahu penyebab terjadinya penuaan supaya kita boleh berbuat sesuatu bagi mencegah penuaan dari berlaku terlalu awal.
Krim muka hanya merawat bukan mencegah. Jadi apakah yang boleh mencegah penuaan?
Ambo pasti ada di antara demo atau ahli keluarga demo yang pernah/sedang alami penyakit-penyakit kronik macam kanser, sakit jantung, strok/angin ahmar dan sebagainya tu. Betul?
Bila kita atau ahli keluarga tersayang sakit, kita terpaksa habiskan banyak duit, tenaga dan masa untuk mengubati penyakit tersebut. Kita terpaksa cuba pelbagai jenis rawatan dan mengambil pelbagai jenis ubatan/dadah yang kuat bagi mengembalikan kesihatan.
Tapi tahukan demo PENYEBAB kita jatuh sakit dan kena penyakit?
Rasanya lagi bagus kalau kita tahu penyebab kita jatuh sakit dan penyebab kena penyakit merbahaya macam sakit jantung dan kanser supaya kita boleh berbuat sesuatu bagi mencegah penyakit dari berlaku.
Ubatan/dadah hanya merawat bukan mencegah. Jadi apakah yang boleh mencegah penyakit?
  • Apakah penyebab utama kulit berkedut, kendur serta dipenuhi pigmentasi? Hint: Bukan disebabkan keturunan.
  • Apakah penyebab utama terjadinya penyakit jantung, strok/angin ahmar dan kanser? Hint: Bukan disebabkan kolestrol, gangguan jin atau nasib malang.

No comments:

Post a Comment